22/05/2007

Ucapan Selamat Hari Guru 2007

Selamat Hari Guru, daripada Rizal, STPM 2005

Selamat Hari Guru, semoga terus cemerlang dalam mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Terima kasih cikgu, jasamu tetap kukenang hingga ke akhir hayat, daripada Nurhana, STPM 2004

Selamat Hari Guru daripada, Yusof, STPM 2005.

Setinggi mana capaian tokoh ternama, melata manapun kaisan si kerdil melukut itu, dalam bingkai masa kehidupannya, pasti dia pernah disentuh jejari lembut, terwaja tekad seorang guru, cikgu panggilannya. Selamat Hari Guru!

Receive my simple gift of "TEACHER'S DAY", wrapped with "SINCERITY", tied with "CARE" and sealed with a "PRAYER" to keep you "SAFE" and "HAPPY" all life long, Happy Teacher's day.

SMS HARI GURU

Semoga Allah menyinari duniamu guru dan mengiringi setiap langkahmu ke arah jalan yang diredhai. Selamat Hari Guru daripada Wan Mohd Hafifi (STPM 2006)

Selamat Hari Guru buat semua guru di SMK Putra, semoga terus berjuang dalam mendidik anak-anak bangsa. terima kasih atas jasa baik cikgu mengajar saya dan kawan-kawan. Guru Penjana Modal Insan Gemilang. Mariana (6A2 2006)

Semoga cerdikmu secerdik Aisyah, cantikmu secantik Ainul Mardhiah, pengorbananmu setinggi Sumaiyyah, ikhlasmu seikhlas Rabiatul Adawiah dan semoga tempatmu di syurga al-Jannah. Happy Teacher's Day (pelajar 6A2 2004)

Before the 16th May,
before the battery dies,
before the operators get busy,
before the sms get jam,
let me the first to wish you,
HAPPY TEACHER'S DAY, may god bless you! (Exstudent STPM 2005)

Selamat Hari Guru. Guru, jasamu tak ternilai dengan ungkapan kata-kata, selaut penghargaan buatmu atas segala pengorbananmu selama ini. Kudoakan moga hari-hari yang kau lalui diberkati-Nya. TERIMA KASIH CIKGU, daripada Siti Azuani Aida (6A2 2006)

SELAMAT HARI GURU, semoga terus sukses dalam mendidik anak bangsa dan dipanjang umur. Daripada Saifu Nizam, STPM 2004)

Selamat Hari Guru, halalkan segala jasa yang telah cikgu curahkan,terima kasih atas segalanya. Semoga Allah membalas jasa cikgu dan sentiasa dirahmati Allah (Thah 6 Atas 2006)

Selamat Hari Guru, terima kasih atas pengorbanan kalian mendidikku. selamat maju jaya, daripada Reduan 6A1 2006.

Cikgu, selamat hari guru. Terima kasih kerana mengajar saya sehingga saya berjaya ke peringkat ini. Jasa kalian tidak akan saya lupakan. Daripada, Mohd Hafizam, UPSI - 6A1 2005.

Selamat Hari Guru. saya tetap ingat cikgu semua walaupun tidak berhubung. Sampaikan salam kepada semua guru yang mengajar 6A2 2004, walau jauh tetap kukenang daripada Faizal, STPM 2004.

Sesuatu yang btersirat lagi tersurat, jauh di sudut hati, bukan benci tapi rindu. Semoga kehadiran mesej ini memberi seribu erti. Bukan menyepi tapi tetap mengingati. Selamat Hari Guru. Semoga keikhlasan terus bersama cikgu. daripada Along Hanafizar, STPM 2005

Selamat Hari Guru, jasa cikgu teramat bermakna buat saya, daripada Afenana STPM 2006.

Selamat Hari Guru daripada Norillenna, UiTM (STPM 2004)

Selamat Hari Guru, tingkatkan prestasi dan kekalkan kualiti. Terima kasih atas segala ilmu yang dicurahkan. Saya sayang cikgu. Moga dikurniakan kesihatan yang baik untuk terus mendidik dan mencurahkan ilmu kepada anak-anak Darau. daripada Ruziani Rujunaidi, Kolej Kejururawatan (6 Atas 2005)

Selamat Hari Guru, semoga cikgu bahagia sokmo, from Farhana, exstudent 6A1 2006

We cant't spell SUCCESS without you. Happy Teachers Day, from SABA

Selamat Hari Guru khas buat guru-guru yang tercinta. Guru Penjana Modal Insan Gemilang, terima kasih cikgu, daripada Sabariah Ismail STPM 2004.

"Ya Allah, Kau hadiahkanlah cinta dan kasih sayang-Mu demi memelihara kesejahteraan dan kebaikan insan ini kerana kutahu hanya-Mu yang Allahyang mampu menjaga dirinya lebih baik daripadaku. Selamat Hari Guru daripada Azliza, STPM 2004 (6A1)

Selamat Hari Guru buat cikgu tersayang, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Amin. Daripada Nurul Liyana Fauzi (STPM 2005)

Selamat Hari Guru buat cikgu-cikgu STPM SMK Puta. Jasa cikgu akan saya kenang sampai bila-bila. Daripada AFEWA, Kolej Kejururawatan Kuantan.

Selamat Hari Guru daripada Napisah Abd Kadir (6A2, 2006)

Budimu guru tetap kuingati, Selamat Hari Guru daripada Nik Zulkifli, 6A2 2004 (UKM)

Selamat Hari Guru, maaf atas segala kesilapan yang telah saya lakukan. terima kasih cikgu atas semua ilmu yang cikgu curahkan, daripada Nik Ruziani, 6A1, 2006

Selamat Hari Guru, terima kasih kerana menjadikan saya seorang yang berguna. Tanpa cikgu, mungkin impian saya hanya tinggal impian. jasamu akan kukenang sampai bila-bila, daripada LEHA, STPM 2006.

20/05/2007

Minggu Orientasi 6 Bawah 2007

Tetamu yang hadir.
YB Tn Hj Nawi Mohamad, ADUN HULU BESUT

Selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar 6 Bawah SMK Putra yang mula melaporkan diri pada Hari Selasa 15 Mei 2007. Seramai 40 orang pelajar hadir bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Majlis perasmian Minggu Orientasi 6 Bawah telah dirasmikan oleh YB Tuan Haji Nawi bin Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut. Dalam ucapan beliau, YB Tn Hj Nawi telah meminta ibu bapa memberikan kerjasama untuk memantau perkembangan anak-anak mereka, terutama pada zaman teknologi maklumat yang serba mencabar ini. Kemelut sosial yang berlaku dalam kalangan remaja hari ini tidak boleh dipandang ringan.


Pengetua SMK Putra, Tn Hj Mohamad bin Ghani pula dalam ucapannya mengalu-alukan kehadiran pelajar-pelajar dan ibu bapa. Beliau menyatakan bahawa SMK Putra adalah antara sekolah terbaik di daerah ini dalam peperiksaan STPM. Kejayaan pelajar-pelajar lepasan sekolah ini diharapkan akan menjadi perangsang kepada pelajar bahawa mereka boleh berjaya di sekolah ini. Setiap tahun puluhan pelajar tingkatan 6 dari sekolah ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dalam pelbagai bidang pengajian.

17/05/2007

Sejarah Sambutan Hari Guru

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai satu penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Hari Guru bukan sahaja disambut di Malaysia tetapi disambut di seluruh dunia.Di India, Hari Guru disambut pada September 5, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan merupkan seorang pendidik terkenal. Di sesetengah sekolah pada hari itu, tanggungjawab mengajar diambil oleh pelajar-pelajar senior untuk menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru-guru. Secara tradisional, masyarakat India telah memberi penghormatan besar kepada para guru. Suatu peribahasa India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberikan darjat yang sangat tinggi kepada guru sehingga lebih tinggi daripada Tuhan: Peribahasa itu berbunyi "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.

Hari Guru Antarabangsa di Amerika Latin jatuh pada 11 September , sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, iaitu seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketika Interamerican Conference on Education, di Panama. Walau bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober, di Mexico, pada 27 September 1917, Kongres Persekutuan mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun 1918. Di Albania, Hari Guru ialah hari cuti tidak rasmi yang diadakan pada 7 Mac, sehari sebelum hari ibu yang jatuh pada 8 Mac. Di China pula, Hari Guru diraikan pada 10 September semenjak 1985, iaitu salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan kepada profesional (dua lagi ialah hari jururawat dan hari wartawan).
Bagi Republik Czech, Hari Guru (Den učitelů) merupakan hari cuti tidak rasmi iaitu pada 28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský (Comenius). Kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka. Pegawai-pegawai awam menggunakan hari terrsebut untuk menghargai kerjaya berkenaan (contoh: [1])dan memberi hadiah kepada guru-guru terbaik.

Sambutan Hari Guru SMK Putra Tahun 2007

ANUGERAH GURU PALING BERGAYA
ACARA SUKANEKA

BACAAN IKRAR GURU

16 Mei 2007

Setiap tahun, tanggal 16 Mei, semua sekolah akan menyambut Hari Guru. Tahun ini, sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah dikendalikan oleh Persatuan Pelajar Pra-U, Badan Pengawas dan Kelab GUKITA (Kelab Guru dan Kakitangan). Walaupun sambutan Hari Guru tahun ini disambut dengan sederhana, namun kemeriahannya masih juga dirasai, terutama dengan kehadiran bekas-bekas pelajar SMK Putra yang turut sama memeriahkan majlis ini.


Pelbagai aturcara dijalankan, antaranya ialah perhimpunan, nyanyian lagu "Kami Guru Malaysia", bacaan ikrar, anugerah guru, cabutan nombor bertuah, sketsa, bacaan sajak, Mencari harta Karun, dan acara sukaneka. Cikgu Nasarudin Mohd Yusof selama 3 tahun berturut-turut sebagai Guru Paling Kelakar. Guru Paling Handsome dimenangi oleh Cikgu Rosli Abdul Rahman, Guru Paling garang - Tn Hj Yusnaidi Yusof, Guru Paling Serius - Pn Hjh Hasniah Abas, Guru Paling Sibuk (???), Pn Hjh Fariza Nurbaya, Guru Paling Bergaya - Cik Norhazura Harun dan Guru Paling Popular - Cik Suzi Azianti Ismail.

Selamat Menyambut Hari Guru

Jadilah guru yang CEMERLANG, akan lahirlah murid yang PERIANG,
Jadilah guru yang TERBILANG, akan lahirlah murid yang SEIMBANG,
Jangan jadi guru yang TEMBERANG, nanti akan lahirlah murid yang BANGANG dan PETUALANG. Selamat Hari Guru, GURU PENJANA MODAL INSAN GEMILANG, TERIMA KASIH CIKGU!