08/03/2012

Tahniah SMK Putra - Sekolah Terbaik STPM 2011 Negeri Terengganu

Tahniah diucapkan kepada semua pelajar, guru dan warga SMK Putra atas kecemerlangan peperiksaan STPM 2011. Sekolah kita telah diumumkan sebagai sekolah terbaik mengalahkan sekolah-sekolah ternama di negeri Terengganu. Semoga kecemerlangan yang kita kecapi akan menjadi pencetus motivasi untuk bekerja dengan lebih kuat. Usaha untuk mengekalkan kecemerlangan adalah lebih susah dan memerlukan komitmen dan kerjasama semua warga.
Mata pelajaran Seni Visual menduduki tempat pertama dengan pencapaian 22 orang mendapat A, daripada 44 orang calon manakala subjek Bahasa Melayu menduduki tempat kedua terbaik negeri.


~ Pelajar terbaik STPM 2011 SMK Putra ialah Masitah Muhammadin ~

18/01/2012

Selamat Datang Pengetua Baharu...

Selamat datang Puan Pengetua, Puan Hajah Ruhani binti Salleh, Pengetua Cemerlang ke SMK Putra. Warga SMK Putra, mengalu-alukan kedatangan anda.



12/01/2012

Datang dan pergi...

Tahun 2012 bermula dengan pelbagai peristiwa dan perubahan. Tuan Pengetua, Encik Ramli bin Mat Amin yang telah berkhidmat di SMK Putra sejak tahun 2008 akan berkhidmat di sekolah baharu, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Besut. Tempat beliau, akan digantikan oleh Puan Hajah Ruhani binti Salleh, Pengetua Cemerlang dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pelagat. Terima kasih Cikgu Ramli, terima kasih atas segala kebaikan dan komitmen cikgu terhadap warga sekolah. Selamat bertugas di tempat baharu.

Warga SMK Putra mengalu-alukan kedatangan Puan Hajah Ruhani Salleh. Semoga kedatangan beliau akan dapat membantu untuk menggemilangkan sekolah ini. Selamat datang...

14/11/2010

Selamat bercuti untuk cuti akhir tahun 2010


Selamat bercuti untuk semua pelajar. Jangan lupa tugas cuti terancang yang telah diberikan oleh setiap guru mata pelajaran. Habiskan masa cuti ini dengan perkara yang bermanfaat. Berhati-hatilah terutama pada musim tengkujuh ini lebih-lebih lagi kawasan tempat tinggal anda terdedah dengan banjir.

Kepada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan SPM dan STPM tahun ini, selamat meneruskan perjuangan dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Ikutlah pesanan guru. Buatlah persediaan menghadapi peperiksaan pada musim banjir ini. Berpindahlah segera ke tempat yang selamat atau menumpang di rumah rakan-rakan jika terdapat tanda-tanda akan berlaku banjir agar anda dapat menghadiri peperiksaan dengan selamat.

Kepada guru-guru, terima kasih kepada semua yang terus memberikan sumbangan dan terus berkhidmat dengan dedikasi sepanjang musim cuti ini dengan bertugas mengawasi dan menguruskan perjalanan peperiksaan SPM dan STPM 2010 berjalan dengan baik.

Mesyuarat guru pertama untuk tahun 2011 akan dijalankan pada 31 Disember 2010 dan semoga kita akan bertemu lagi. Selamat bercuti. Salam Aidiladha, selamat hari raya korban 1431H.

03/06/2010

Majlis Persaraan Cikgu Zarawi Mat Saman

Tarikh: Khamis 3 Jun 2010
Tetamu kehormat :

1. Yb Tn Haji Nawi bin Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Hulu Besut

2. Tn Haji Abu Bakar bin Ramli, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Besut




Selamat menempuh alam persaraan dengan sesuatu yang bermakna dan mendapat keredhaan daripada-Nya. Warga SMK Putra mengucapkan selamat bersara dan terima kasih atas segala budi yang dicurahkan selama ini.

23/05/2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010

23 Mei hingga 3 Jun 2010.
Sekarang sedang berlangsung Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010. Semoga pelajar-pelajar dapat menjadikan peperiksaan ini sebagai satu agenda untuk merancang dan menilai hasil pembelajaran selama ini. Kepada guru-guru, semoga analisis dan data yang diperoleh daripada pengujian dan penilaian ini dapat dijadikan sebagai asas dalam merancang aktiviti dan program yang lebih berkesan.

18/04/2010

Ceramah Seni Visual oleh Dr Abdul Halim Husian, UPSI

Tarikh: Ahad 18 April 2010
Masa: 11.00 pagi
Acara: Ceramah Seni Visual untuk pelajar-pelajar Pra-u PUTRA
Penceramah: Dr. Abdul Halim Husain, UPSI, Phd. Art & Design
Tempat: Bilik Mesyuarat SMK Putra.